Monday 9 May 2011

Cantik: ?, Tampan: ?

Salam..

(SKEMA ALERT!!! SKEMA ALERT!!! Skema, rasa macam **** pla tulis skema2.. Tapi entri nih, sy sengaja tulis skema2.. Rasa mcm kemahiran menulis dalam BM baku sy berkarat suda nehh...lepas SPM.. GAHAHAHHAHAHAH!!! :) Nikmatilah BM baku.. Kalau malas baca, SHUUUUUHHH!!! Pg main jauh2!!! *oh, jangan la terfikir2 maksud **** di atas.. saja2 taip untuk mewujudkan perasaan ingin tahu kamu, penulis ni baik, PERGH! siap dapat naik awan guling Goku!!! PERGHHHH!!!!! Padahal paling awal jatuh... Oh, tidak juga skema sangat rupanya... :))



Cantik. Tampan.
Semua manusia ingin kelihatan cantik dan tampan. Inilah norma makhluk yang bergelar manusia. Apakah definisi kecantikan dan ketampanan bagi anda?

Perempuan yang mempunyai bibir yang merah, kulit yang putih lagi mulus, mata yang besar dengan lirikan menggoda, hidung yang mancung dan badan yang ramping. Bagi lelaki pula, pandangan yang memukau, ketinggian yang ideal, badan yang sasa, wajah yang cukup maskulin dan penampilan bergaya. Adakah ini maksud kecantikan dan ketampanan bagi anda? Heh. Cukup stereotaip.

Siapa yang menetapkan penampilan fizikal sedemikian sebagai kayu ukur kepada tahap kecantikan dan ketampanan? Siapa kata mata kecil tidak menawan? Siapa kata kulit yang tidak putih mulus itu tidak cantik? Siapa yang kata kita perlu tampil kurus dan ramping untuk kelihatan cantik? [Ironi sungguh, saya sedang berusaha menurunkan berat.. HAHAHA!]

Siapa?

Siapa???

Siapa?????

Itu, gadis berbadan besar yang sedang makan 'burger' di KFC. Kamu mencaci penampilannya sambil mempersoalkan pilihan pemakanannya. Itu, gadis dengan wajah yang tidak cerah dan tidak halus, kamu mempersoalkan rutin penjagaan dirinya dan membincangkan "kehodohan" wajahnya. Itu, lelaki berbadan kurus dan tidak memiliki tinggi ideal, kamu mentertawakan dirinya dan membincangkan kekurangannya. Itu, lelaki yang memiliki wajah yang tidak kacak dengan senyuman yang menggelikan. Itu, itu dan itu...

Kecantikan dan ketampanan seharusnya menjadi sesuatu yang cukup subjektif. Bukan rupa paras serta penampilan fizikal yang seharusnya dijadikan penentu kepada ketampanan serta kecantikan. Ya, gadis berbadan besar yang sedang makan 'burger' di KFC itu, gadis yang tidak memiliki wajah putih mulus itu, lelaki berwajah tidak kacak dengan senyuman kurang menawan dan lelaki yang tidak mempunyai badan ideal itu. Pernahkah kamu mengenali mereka sebelum kamu menilai luaran mereka? Mungkin jika kamu ambil masa untuk mengenali mereka, kamu akan sedar betapa cantik dan tampannya sifat dalaman yang mereka miliki. Bohong jika saya katakan manusia tidak melihat luaran serta fizikal kerana itulah ciri pertama yang mampu kita lihat pada orang lain saat pertama kali bertemu dengan mereka. (Even me, myself also..and sometimes, I can't help but have this tiny, little voice in my heart actually menilai org 2.. SEPA X PERNAH? BOHONGLAA...) Sudahla. Cukup dengan itu.

*However, I'm not saying yg kita bleh mengabaikan penjagaan luaran....

Kecantikan dan ketampanan sepatutnya dinilai dengan lebih universal. Kemahiran berkomunikasi, berbudi pekerti, kebijaksanaan, serta cara membawa diri juga harus diambil kira. Ketampanan dan kecantikan berbeza-beza mengikut individu. Terpulanglah kepada "anda-anda" yang menilai. Bagi saya sendiri, penilaian saya berubah-ubah. Kecantikan serta ketampanan, melalui perspektif saya, adalah sesuatu yang tidak tetap. Saya sering berjumpa dengan individu yang bagi saya tidak menarik pada awalnya, namun dia berjaya mengubah tanggapan saya dan beransur-ansur menjadi cantik/tampan. Serius.

Entri ini bukannya dihasilkan untuk mengubah tanggapan anda tentang definisi "cantik/tampan". Entri ini juga bukannya ditulis kerana penulis "frust" dengan definisi "cantik/tampan" oleh orang ramai kerana definisi "cantik/tampan" bagi kebanyakan orang tidak menepati kriteria penulis, dalaman dan luaran (HAHAHA, S-A-D). Penulis hanya ingin berkongsi, buat kali pertama, pandangan jujur diri sendiri. (Berlatih untuk voice out my opinion..) Entri ini juga ditulis untuk mengubati penyakit kita, sebagai manusia, yang sering menilai luaran manusia -peringatan untuk diri juga nih..-. Mungkin selepas membaca entri ini, anda akan berfikir sejenak sebelum berkata buruk tentang rupa paras serta luaran orang lain. MUNGKIN.

Cantik, tampan, satu kata yang dapat merungkai banyak makna. :)

YOU, YEAH YOU!!!
Kamu cantik dan kamu tampan.
Treasure yourself.

9 comments:

  1. Terasa dengan statement ko yg ini :
    "lelaki berbadan kurus dan tidak memiliki tinggi ideal, kamu mentertawakan dirinya dan membincangkan kekurangannya. Itu, lelaki yang memiliki wajah yang tidak kacak dengan senyuman yang menggelikan. Itu, itu dan itu..."

    ReplyDelete
  2. Heiii... itu umum okey. Saya yg terang2an cakap keburukan diri pun diam2..

    P/S: Ko kacak wat??!!!

    ReplyDelete
  3. tidak tinggi dan berbadan sasa.....6 pax only...

    ReplyDelete
  4. 6 paxxx???!!! wah, turn sy pla tengok perut ko pas neh.. HEHEHHEHEHEHEHHEHEHHEHEHHEHE! (GOLI.)

    ReplyDelete
  5. Pergh!!!!!!!!! Hantar ke 'Dewan Siswa'. Serius--menarik. Nak lagi...

    ReplyDelete
  6. best!!tp nak bwt cmne..mentaliti org skrg mmg mcmni..hanya org yg btol2 inginkan pasangan hanya kerana nafsu~akan memilih kecantikan sebagai pertama

    ReplyDelete
  7. Foxy- x cantik --> laki tiada nafsu --> kawin lain....susah gak....

    ReplyDelete
  8. Yassin: nda dapat fight ko la.. jauh panggang dr api..
    dinn: yaka? mau tengok juga.. HAHHAHA!! NI KALILAA.....
    Farah: I agree with you. SERIOUSLY. Kecantikan luaran bukannya kekal.. Ia pudar dengan usia.. Tapi kecantikan dalaman, kekal, kalau pandai jaga la.. :)
    Anonymous: Thanks for your comment. By the way, looking forward to see your 'hot' future WIVES. Since that's the only thing that seems matters to you.

    ReplyDelete