Thursday 1 December 2011

Pineapple(s?), Flowers and Insects

Salam..

Ahh.. Jarang gila mengupdate cuti neh. Susah cari timing baek punyaaa! Kalau kakak sy @ bapa sudah online, PERGHH.. Tapi, banyak juga aktiviti. Walaunpun adik sy sedang SPM, nda menghalang pun perjalanan aktiviti tym cuti aah. Padahal kebanyakan aktiviti tuh dia sendiri juga yg suggest. Haha. Memang run in family kali? ANYWAYY, 25hb yang lalu, sekali lagi, pg cek2 tanaman d kebun~~ AHH. Mama sy cakap nanas sudah tumbuh!!! AHHH! I'm very excited to share about it here. Sebab? Sy sendiri yg tanam suma nanas2 tuh. Haha. Tapi baru 1 ja yg ada nanas. S-A-D. ANYWAYYY.. X dapat menghilangkan ke-excited-an sy.

Walaubagaimana pun, sy mau share2 gambar2 selingan juga. Yalah, baca2 tajuk la. Haha. Seriously, let's just stop talking (or reading), and enjoy~ HAHAHAHAHAHAHAH!

Ini gambar masa on the way neh. Nda cukup untuk gambarkan suasana sebenar (moving car). But yeah, the air is nice here.

Banyak gila semut (dan busut rendah2) di kawasan kebun. Macam nice.

Hairan sy neh, kena rotate pla lepas sy upload. Si Gary (KUCING (??!) Spongebob GAGAGA. *MOW) Nampak masa tengah petik lada.

MY FIRST NANAS EVER!! Haha. Banyak kali sudah bah makan. Tapi, nih la nanas pertama yg tumbuh hasil tanaman sy. Terharu ooh.. Feel like crying.. Sobsobhuhu. *Oh-Emm-Gee.. I can be TOO DRAMATIC sometimes.. K fine, all the time.

Tinguu... Banyak sy tanam tapi baru satu berbuah. Bukan neh ja tau. Neh separuh la kali daripada jumlah sebenar~~ >< Excited + mikirayou. Haha.

Terung... Sebelum dipetik n dimasak n dimakan and.. OMG. Kuturrr otakkkk!

Neh lagi, kena rotate juga neh lepas upload.. One of my favret flower. Pernah sy rancang mau tanam neh di sekeliling jalan menuju pg rumah. I dunno how to explain, macam pemisah antara kawasan rumput n kawasan yg clear untuk jalan kaki menuju pintu rumah. AHHH, nda pandai describe. MOVE ON!

Neh laa tu bunga kertas kawin punya. Kaler purple n oren. Pernah muncul dalam pos lalu2 kan? Femes sudah dia neh..

Sebelum balik, sempat snap2. Nda chantek neh tempat kalau sendiri pg. Banyak kawasan terlalu semak lagi. But yeah, kalau tengok view sekeliling n tengok pemandangan jauh2, lepas tuh tutup mata... Feel the wind and just inhale.... Ahh.. Nice air!

Itu ja. Haha. Nite!

Saturday 12 November 2011

Lelaki Syekkssyyiiii~~~

Salam..
Entri request(??!)? First tym kot(?!)...

Memandangkan entri ini adalah entri request(??!) daripada Dinn *bukan nama sebenar*. Jadi sy rancang untuk update di sini. Dia tanya, "lelaki seksi, aoa yg ko paham". Okey fine, sy sengaja tiru error dalam ejaan dia. Gahaha.

ANYWAYY.. Dia siap bagi sy ILHAM lagi untuk menyiapkan entri ini. Ilham yang sungguh memberangsangkan. HAHAHA. Back to the topic~ Memandangkan dia minta pendapat saya, jadi sy akan jawab ikut pemahaman sy ja la. I mean, what I think. Gahaha. Nda perlu la kasi spesifik kriteria2.. Sy sebut tanpa guna sistem nombor pun fine la kan?

Klik untuk tumbesaran maksima.

Okey.. Hurm, to be honest, sy x tau pun apa takrifan sebenar untuk lelaki seksi? Haha. Mari kita view benda neh dari sudut naif sikit la. Kalau x, hurm, macam goli ja sy rasa mau ulas. And to be honest untuk kali kedua, sy x pernah terfikir pun soal2 neh. Bukan juga la baa x pernah terfikir, cuma.. I mean xkan la u live your whole life wondering "Apa kriteria2 lelaki/perempuan seksi aah~?" Gah. Get a life. Hahaha. Entah macam mana mau kasi terang, lepas tiba di penghujung entri mungkin kamu akan faham maksud sy..

Sense of humor, either you're born with it, or... GET A LIFE.

Bagi sy, lelaki yang syeksyii neh lelaki yg ada sense of humor yg tinggi. Haha. Maksud sy sense of humour yang tinggi, x perlulah dia buat riak2 muka yang memalukan diri sendiri ja just to make other people laugh. X perlu juga buat aksi2 yang teda2 yang dorang rasa menampakkan diri dorang lucu. Sense of humour, boleh ditunjukkan melalui cara orang tu bagi respon terhadap soalan atau reaksi masa berkomunikasi. X perlu la lebih2 sangat. Hahaha.

Senyuman sunshine~

Lepas tuu kann, senyuman yang macam SUNSHINE~~ Yah. Kamu pernah ka nampak orang, yang kamu x rasa dia hensem/cantik, sekali dia senyumm.. Atokoi! Macam matahari baru mau terbit neh perasaan dia. Gaggagagagga! Jarang sy nampak senyuman macam sunshine. Selalu kalau mau tingu, sy terpaksa cari cermin.. *UWARGHHHH! Puke!!!* ANYWAYY, salah satu contoh terbaik senyuman sunshine, senyuman Kang Ji Hwan~ Rasanya sy pernah masukkan dalam entri di blog yang 1. Atokoi, dia senyum (dalam versi bergerak, sila tingu drama2 dia) macam matahari terbit ja perasaan dia. (Bagi sy laa. Haha.)

Nda tau nama dia. Tapi sy suka kalau dia berlakon, nda tau napa, sy sedih bila dia terima tawaran untuk Marry Me, Marry! (antara) Drama paling teruk sy pernah tingu.

Apa lagi aah? Cara bawa diri pun penting. Sy x suka bila nampak orang kontrol sangat. Hahaha. Sebab sy pun bukan jenis kontrol. WAGAGAGAGA. Paling x tau malu ada laa (tapi ada masa kena pandai kontrol2 juga la.). Sy rasa kesian neh sama kawan2 rapat sy, especially yang di Ranau. Haha. Dorang terpaksa tanggung malu setiap kali jalan sama sy atau pg makan sma sy. Hurm, banyak ja benda2 yang di luar pemikiran waras boleh sy buat ooh! Aduii... Teruk2.. Tapi sy tahu, kesedaran neh pun xkan buat sy berenti being myself depan dorg. Haha. Ops, menyimpang pla.

Batista, sy pernah rasa dia kiut pada awal kemasukan dia d arena WWE. I mean masa dia form group sama Triple H n Ric Flair (Lupa nama team dorg, Evolution ka?). Masa tuu dia jenis kena arah2 dorang c Triple H baa. Sakali lepas dia mula ganas, bikin takut pla. Lepas dia bergerak solo, dia makin banyak rangkul title heavyweight champion...

Erm, apa lagi eaaa? Ooh, fizikal? Gaaahh, x payah la tough sangat pun untuk jadi syeksyii kan? Hahaha. Nda tau laa sy apa mau komen pasal fizikal (maksud sy, luaran, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki). Sebab kan, terus terang la, memang menipu la sy bilang kalau langsung x kisah, kan? Sebab itu benda pertama baa yang kamu nampak pada orang lain bila kamu jumpa, jadi memang sedikit sebanyak, first impression kamu dipengaruhi rupa juga. Tapi, sederhana ja pun okey waatt?? Sebab kan, (ini dari perspektif sy sendiri la, sy x tau orang lain) baaaanyak sangat orang yang sy first tym nampak nda hensem nih, siap ada yang buat sy rasa macam bikin kepanas ja. Tapi lama2 lepas kenal kan, lepas tuh nampak kebaikan dia (yang tersembunyi - yang bukan dia sengaja tunjuk2), makin lama, jadi makin hensem neh. Yah. Memang x logik kan? Sebab memang dia tetap diri dia yang sama juga kan? Tapi, seriously, banyak ja orang yang sy nampak semakin hari semakin hensem sebab dia baik. Haha.

Lee Jun Ki, pernah tingu Fly Daddy, Fly? Seriously, dia ngam berlakon filem2 aksi neh.

Apa lagi aah..? Yakin? Perlu ka? Sy nda pandai ulas bab2 yakin neh. Sebab sy sendiri pun teda keyakinan diri sangat. Kalau setakat mikirayou2 gurau2 sama kawan2 "Saya kiut; sy cantik; sy comel." *OH-EM-GEE, I think I just puke in my mouth, GULP. Telan~~ EEWWW!!!!* Itu isu lain. Itu kes keperasanan melanda sebab sy sudah biasa dengan orang2 tuu.. Tapi kalau yang sy baru2 kenal, agak2 la. Bikin malu saja. (Padahal dalam blog pun sama ja gaya, HAHAHAHHA! Tapi sy memang expect kenalan2 ja yang baca neh. Haha.)

Rain Bi~ Keminatan. Mama sy cakap dia buruk. Haha. Padahal...

OOHH! Lupa, saya suka nampak lelaki mata sepet. Haha. Sy pun x tau kenapa.. Rasa kiut jaa neh kalau mata sepet. Mungkin tuu la sebab sy suka tingu c Rain Bi neh walaupun mama sy cakap dia buruk2.. Padahal si mama pun balik2 tingu Full House, kan ma? HAHA! Kedapatan!

ANYWAYY, bagi sy la, keseksian tuu nda hanya bergantung sama luaran semata2 baa.. Pernahka kamu jumpa orang yg macam exert aura2 keseksian walaupun dia x dressing seksi yang tahap killer punya?? Gahh. Sy rasa sy pernah nampak, kali?

Okey. Habis idea, nanti2 sy terfikir, sy rasa menyesal pla x terisi di dalam neh tuu. Babai.

[UPDATE] Tapi sebenarnya kan, x perlu la orang yang kamu rasa seksi tuu ada gaya2 yang sy sebutkan di atas. Kadang2 memang orang tuh memang seksi pun. Bukan seksi yang nampak banyak kulit tau, seksi yang memang ada entah apa mau gelar the thing? Faktor X? Hahahaha! Kalau orang macam neh, untung laa, x perlu buat apa2, x perlu cakap apa2.. Memang sudah nampak seksi..

Friday 28 October 2011

Entri Rentetan Episod Bermesej2.

Salam..

Hari nih pg KFC dengan Jong n So. Gagaga. By foot ja. Kami sambil jalan sambil bercerita tentang isu2 semasa dan perkembangan politik d negara kita. Biasalah, girls. Sampai ja di dalam, kami terus ja order. Lepas siap makan, kami memulakan aktiviti menunjukkan kehandalan kami dalam bidang seni bina. Gosh.

Berbakat, kan? Gahaha.

Sy dengan muka selamba x tau malu buat ja bangunan. Haha. Dorang So n Jong layannn ja. Haha. Biasanya, kawan2 yg teman sy makan suda lari neh. Jarang sy jumpa yg layann ja sambil membantu meninggikan binaan. GAGAGA. Bkin malu saja.

Tym kami tengah buat2 bangunan tu, ngam2 datang sekumpulan lelaki (yang duduk d belakang tuu binaan). Kami buat selamba ja, lepas siap, take some pic and cuci tangan. Tym kami d luar, pusing balik, dorang melambai2 neh. Gahaha. Menunjukkan penghargaan untuk hasil seni kami la tuh. Gahaha. Disebabkan takut kami jadi artist yang telampaulah femes, kami bergegas meninggalkan tempat kejadian.

Tym OTW balik tuu, kami berbincang2 lagi pasal masa depan dan hal kerjaya, yalah, perempuan yang serius dan amat mementingkan masa depan, kan? Biasalah. Lepas beberapa siri ketawa penuh sopan, kami sampai d kawasan bus stop. Lain ja nampak banyak pakaian berselerak sana. Kami tengok hati2 d sebalik semak2, manatau nampak mayat. Gila punya fikiran.

P/S: Dialog PALING MANANG tadi:

Jong: Hari tuu sy ajak Arif main badminton baa.
Saya: Kenapa x ajak sy?
Jong: Eh? Kamu pandai main ka?
Saya: -_-" [Gosh. Underestimated. Nda la campen main. Tapi pandai la setakat pukul2 bulu tangkis tuu. :')]

Entri Sejurus Terbangun Dari Tidur yang Belum Sampai 1 Jam (Tajuk X Boleh Jadi Lebih Panjang?!)

Salam..

Lama gila x update blog neh. Tgk visitor pun semakin berkurangan dari hari ke hari. Gosh. Xpa, saja ja mau bagi entri c payung kuning tu top lama2. Gahaha. Hari ni sy mau blog pasal benda yg buat sy terbangun. Gosh. And its 0015.

Nda. Sy nda mau blog pasal apa yang Yassin buat d atas pentas masa kami kena suruh persembahkan puisi n lagu. And nda, sy bukannya mau blog pasal Yassin buat muka di makmal. Sy bukan mau blog pasal Dinn cakap yang bila buka blog kami n nampak teda entri baru perasaannya sama macam berak xda air. Sorry la x censor walaupun kami mementingkan censorship, sebab memang dia taip penuh tanpa censor. And nda, sy nda mau blog pasal pergaduhan foxy n joliey yang entah keberapa kelmarin2.

Ahh, cakap panjang lebar. Sebenarnya sy mau cakap tidur sy yang lena terganggu lepas dengar bunyi message yang kuat gila dengan vibration yang entah sengaja2 vibrate mengiringi lagu message.

Orang: "Nadiah,whr r u?" (Sy mungkin amat skema, sebab sy suka kalau org buat [space] selepas koma atau noktah.

Me: Hostel.. Napa? Got scared~?

Orang: Hahaha..x la..l0ng time didn't see u fc 2 fc n even at fb..thnk u l0st at smwhr..rupa2 di hostel juga..XD

Me: Eee.. I can sense 'aura2 kerinduan' gagaga. *some text missing* (bukan betul2 missing, private untuk tulis.)

Orang: Aok la, rindu ba..XD.. *some text missing* (You know why.)

Me: Gagaga. I'll blog about this.

And dari situ la bermulanya episod sy bangun dr katil n turut mengganggu tidur Ms. Lappy and start updating. Baaa.. Sambung tidur.

Nite.


























P/S: To stop you from making wild guesses: Si Jong.

Saturday 15 October 2011

Hari Sabtu yang berangin dan kisah si payung kuning~

Salam..da lama tak update..kekangan masa bersama keluarga menyekat tangan ini untuk duduk di depan lappy dan update blog saya yang comel..(merepek..==") Hari ni dimulakan dengan sesi pergi ke HUKM..perjalanan kami bermula pada jam 11.45 pagi..cucuk duit n makan..sepanjang perjalanan kami, saya dan nadiah ditemani oleh seorang insan yang berpayung kuning..(terkejut jugak bila seseorang ni bawak payung) alasan dy..(panas bh)..tapi comel pulak bila tengok lelaki bawak payung..haha..ni adalah kisah si payung kuning..

oleh kerana cuaca yang panas, si 'gadis' berpayung kuning menutup wajahnya bagi mengelakkan sinaran UV yang berbahaya di Kuala Lumpur ini mencacah masuk ke wajahnya yang putih..
 oleh kerana perut yang lapar, digagahi juga kakinya untuk berjalan ke HUKM bagi memenuhkan semula poket dan perut yang suda kosong..
keayuan wajahnya yang sentiasa dilindungi payung kuning membuatkan semua orang yang disekelilingnya sentiasa berlari untuk mengacau dia..sehinggakan perempuan dalam gambar ini juga berlari untuk mengacau si payung kuning bagi merebut hatinya..itulah JOLIEY..
 wajah di sebalik payung kuning
setelah poket dan perut yang kosong suda diisi sehingga full tank..akhirnya si payung kuning mendedahkan identiti sebenarnya..inilah insan di sebalik payung itu..comel kan~~

(bagi yasin n nadiah)mereka suda kenyang..perut saya masih 1/2 diisi sebab mengidam cheesy wedges...saya mengajak si payung kuning dan nadiah ke kfc untuk 2nd round..namun..si payung kuning enggan pergi sebab dia suda kenyang..
pergila si payung kuning balik ke hostel keseorangan..meninggalkan dua wanita comel yang beriringan pergi ke kfc..
makan2..2nd round..my portion only..sumpah kenyang gila hari ni..balik2..pukul 3 tido sebab takut petir..bangun pukul 6..(terbaik!!)

dalam perjalanan pulang..nampak ada orang berkerumun..jadi foxy n jolie pergi ke kawasan itu untuk mengetahui..apa yang sedang terjadi?tanya sendiri kepada saya or nadiah..

bye2..wassalam~

Sunday 9 October 2011

Ehem. Why Oh Why?

Salam..

Mau share 1 cerita ja. Kalau faham, baguslaa~

Ada 1 orang perempuan neh, sedang berjalan mau balik rumah. Tym tuh dia kelewatan baa balik. Laluan mau balik pg rumah dia pula kena lalu kawasan cemetery nih. Dia takut mau lalu kawasan tuh. Jadi dia tunggu la sampai ada orang sama2 lalu (berjalan kaki).

Dalam 5 minit lepas tuh, ada 1 lelaki nih lalu. Muka macam orang baik (macam laa..) Perempuan tuh pun berharap la lelaki 2 sudi kasi kawan dia jalan limpas (naa kan, keluar suda perkataan limpas) ehem, lalu kawasan cemetery tuu.

Lelaki tuh, dia tgk perempuan 2 kesian, dia kasi kawan laa. Lepas tuh, dorg sambil berjalan sambil bercerita. Enjoy neh bercerita, siap ketawa2 lagi.. Maka terjadilah dialog berikut bila dorg sampai hujung jalan (hujung kawasan cemetery)..

Girl: Ko ni lucu oh. Sy x ketakutan neh jalan lalu kawasan cemetery tuh.

Lelaki: Samala. Oh.. Kenapala sy x pernah jumpa ko masa sy masih hidup...

*****
.
.
.
.
.
.
.
.
COLD. I KNOW.

Hello~

Salam..

Farah neh, invite ja baa, bukan ada power sbg admin, jadi x dapat ubah header buruk tuuh.. HAHA.

Farah, ko ubah la header tuh, ganti nama kaa.. Geli neh sy nampak kosong.. Rasa lain pla x update blog hari2. Rasa.. Ganjil? Haha. Lepas neh kena update selalu neh.. Blog yang satu tuh, akan diuruskan juga.. hari neh rasanya.. :)

Heck, macam ada yg kisahh..

Tuesday 4 October 2011

hari semalam

salam..
hari semalam..adalah hari yang boleh tahan tertekan..sebab..
1. dimarahi madam ch'ng di hadapan junior..
2. di'down'kan masa lecture bio..
3. dimarahi dr rosma..
4. dapat markah lowest dalam test..(salah sendiri) 
untuk tangani stress ini..
aku dan nadiah..pergi ke jusco untuk 'menenangkan' jiwa yang sedang duka lara..(foxy only..joliey tak kot)
nasib baik kelas madam ch'ng petang tu da ubat sikit2 duka lara itu..
my P..(ketawa gatal)
aktiviti kami dimulakan dengan makan buah kiwi tester yang amat manis..
(aku makan bercucuk2..dy potong besar2 lagi tu..dengan rasa yang manis..memang mantop!)
tapi rasa bersalah dengan aunty yang promote tu..dy promote untuk kita rasa n beli..tp aku makan2 untuk kesenangan diri..haha..
lepas tu cucuk duit n tengok elaun sudah keluar..yea....boleh shopping..haha
lepas tu makan di food court..mula2 plan nak pergi MPH utk beli hadiah yassin n terus balik b4 maghrib..
tapi jangkaan kami silap..
kami pergi main game..
serius la game dy amat2 syok..lagi2 game motor dan kuda..(kan nadiah~~)
nadiah sedang menari..
lepas puas main game..kami pergi ke surau untuk solat..lepas tu..
sesi fotografi kontrovesi bermula..




nadiah tak dapat tahan kekiutan patung2 ni..
gambar kontrovesi tak dapat tunjuk sebab takut kami dihina oleh peminat2 kami..
lepas habis sesi bergambar..pergi balik tempat main game..
resultnya..
saya menang dua kali n nadiah menang dua kali..jadi seri la kan~~:p
kami pergi ke jusco untuk menyerbu tempat2 tester di sana..
kami minum air kopi yang amat sedap..
aunty tu pun cool je bila kami minx tambah..
before kami balik..kami pergi ke mc'd n makan chochotop..
love this ice cream..
konklusinya..hari isnin semalam penuh dengan kesedihan dan kegembiraan
(p/s : to joliey,i done what i u ask me to do..now ur turn to keep ur promise..:p)
walaupun delay sehari..huhu..
bye2..wasalam.

Thursday 29 September 2011

Pandangan Anda Terhadap Diri Sendiri Amat Penting: Malu Biar Bertempat.


Salam..

Saya sepatutnya sedang menyiapkan assignment Basic Math n tugasan bahasa Melayu.. Tapi.. Yalah, ke-addict-an terhadap meng-update blog membuatkan sy meletakkan benda yang kurang penting tu aside dulu. Yang penting, blog ber-update~ Kan? (KOH. Ni baruulaa...)

ANYWAYYY, this entry is about my first experience naik pentas baca sajak masa Form 1. It's darn embarassing, I must tell you. Rasanya, ramai yang pernah rasa pengalaman macam neh, tapi kann.. Rasanya, kamu x handle benda nih setidak-tahu-malu sy.. GAHAHA.


Seriously. I may be bad, but I'm perfectly good at it! Right? :)
Seriously, you wanna see my bad side? Nda tau laa, rasanya sy ignore ja orang tuh kali. Not worth my time untuk membenci pun. Kan?

Anyway.. Cerita pasal pengalaman mendeklamasi or more like MEMBACA sajak masa form 1 tuh, GOSH, it's darn embarassing! Saya kena tangkap muat ja baa jadi wakil kelas. Kan kalau x hantar wakil, kena kompaun. Yalah, skil mau pelajar ikut serta pertandingan anjuran sekolah kan. Sebenarnya, masa tuh, kelas kami sudah ada wakil baa. Tapi, dia bawa sy sekali sebab dia takut kalau pg seorang. TIPIKAL. Selalu macam tuh kan? Kita x berani kalau xda kawan. Mesti cari kawan sekali baru berani. *terasa*

Inilah quote terbaekkk! Thin Positive, Do Positive and Be Positive! Masa tu, ini la konsep yang sy apply.

Sy yang langsung xda pengalaman mendeklamasi sajak (yalah, dari SJK (c) kan.. Agak2 la.) pun ikut la si kawan neh dengan rasa yang amat tidak rela hati. Dia pun meyakinkan sy yang dia x pandai bersajak. Kamu bayangkan, hari tuh pertandingan, hari tuh juga sy tau sy perlu ikut sekali, mau tarik diri juga, tapi... Nama sudah kena hantar baa. Jadi, sy pun pinjam buku himpunan sajak kawan sy tuh n pilih randomly 1 sajak. GAHAHA. Sy yang x pandai, minta ajar la si kawan neh. Kamu tau apa tips dia bagi sy? "BACA SAJA." Gosh. It sure helped a lot! Lepas pilih sajak, kami pun pg dewan... KAMU TAHU APA THE GREATEST THING EVER? Sy ingatkan, kalau pg dewan, trus dapat la sy tgk dulu orang lain deklamasi sajak, jadi bleh la sy go with the flow kan? TURNED OUT, sy jadi PESERTA PERTAMA. GOSH. Terima kasih.

Kejadian yang amat memalukan. X sangka sy masih dapat hidup neh sampai skrg. GAHAHA. Semuanya thanks to gaya yang tidak tahu malu.

ANYWAYYYY... Mau dijadikan cerita, sy pun dengan muka tidak malu naik la atas pentas. BERGAGAR tuh jangan cakap la. Peluh pun sejuk gila neh terasa. Sambil sy naik, terasa semua orang tengok sy neh, dengan guru-guru yang jadi juri semua.. ALL EYES ON ME! Okey, but not in a good way. Lepas tuh, sempat lagi juri tuh tanya apa tajuk sajak saya, sy tergagap2 neh jawab. Lepas tuh, sy mula la deklamasi OPPSSS, BACA sajak sy.

Crowd scares me!

Sy pun baca ja la, sambil membayangkan sy sorang ja dalam dewan tuh. Dengan kata lain, SS (syok sendiri). Atokkk eii, seriously. Amat tidak tahu malu la, sy baca pun awal2 macam skil baca pantun, lepas tuh, sampai dua rangkap terakhir, sy baca laju2 baa, x sabar mau menghabiskan penderitaan! Setiap saat di atas pentas tuh, buat something yg sy x tahu-menahu langsung. Betul2 pengalaman yang memalukan. *berpeluh2 neh tiba2*

Hanya mampu deliver sambil tutup mata. Gosh. I'm embarrased.

Sekali, bila sampai turn peserta kedua, KOHHH. Punyalah. Masa tuh baru sy tahu apa tuh "mendeklamasi" sajak. All I was doing ialah MEMBACA sajak. Gosh. Sy rasa diri semakin kecil *rasa ja la* semakin lama sy dalam dewan tuh. Tapi, sy kena tunggu turn si kawan tuh dulu. Sebab dia minta tunggu kan. SAKKALLLII. Sampai turn si kawan tuh, DIA PALING MANTAP BAA. Punya men smart sy bilang dia deklamasi sajak dia. INI BIKIN PANAS INIH! Napa dia bawa sy kalau mcm tuh? GAHAHA. Seriously. Lepas habis ja dia deklamasi sajak dia, dengar la tepukan gemuruh. Kami mau balik kelas lepas tuh, tapi kena halang guru bah, sebab kena suruh tunggu untuk sesi penyampaian hadiah. Saya pun menahan malu laa, menebalkan muka untuk menunggu FOR NOTHING. Sebab sy tahu sy la pen"deklamasi" paling teruk hari tuh. WAHAHA. Kamu tau what is the good news? Kawan sy tuh menang first place.

Seriously, da quote above betul2 membantu. Kamu kena yakin! Kalau diri sendiri x yakin, mcm mana mau meyakinkan orang lain, kan?

ANYWAYYY, sy ambil semua tuh sebagai pengalaman. MALU? HECK YEAH! MEMANG LA BAA MALU!!! SAMPAI SEKARANG SY MALU LAGI, TAHU?! Tapi, yalah, semua benda perlukan satu permulaan, sy anggap ja sy bermula dengan pengalaman yg hurm, a bit rough. Tapi, yalah, at least I gained something new~ kan?

Bak kata bapa sy, malu biar bertempat. Betul la tuh, kalau proses pembelajaran pun mau malu, apa la yang kita terbelajar kan?

P/S: Lebih geram bila dapat tahu yang kawan sy tuh sebenarnya selalu wakil bersajak tym skolah rendah n dia memang selalu menang. GOSH. Embarassing. Tapi, sy berterima kasih juga sebab dia buka peluang untuk sy belajar something new (masa tu). >~

Geram~

AHAHA. Sudah sampai P/S tapi masih mau menulis lagi. Kamu mau tahu apa sajak sy hari tu? Ini...

Seuntai Kata Untuk Dirasa
Panas sudah membakar dada
suara usah menggegar sahaja
kalau benar membawa cita
di dalam senyap kumpulkan tenaga.

Ayam bertelur sekampung tahu
mengapa mesti kita begitu?
falsafah ubi diam berisi
mengapa tidak kita turuti?

Sekarang singkirkan semua bicara
sekarang kumpulkan tenaga raksasa
tiba saat berbunga merah
serentak mara kita bersama.

Wednesday 28 September 2011

Kekaguman Melanda: I Like The Way You Handle Situation

Salam,

Hari neh kannn~ Mau story2 sket pasal 1 insiden yang terjadi. Tapi sebelum tuh, yalah. Kena la menyimpang2 dulu, well, sy kan selalu mcm tuh. Sy memang stret to da poin la kalau kamu jumpa face 2 face in real world (PERCAYA LA SANGAT~~~~) tapi kan, dalam penulisan, sy cenderung untuk jalan bengkang-bengkok. HAHA.

ANYWAY..... You know? U don't know kannn.. Jadi sit back and listen to what I wanna say la. I'm going to tell you la nih. Kelmarin kan, ada Hari RBT baa. Jadi sy pun membeli kek coklat tuh. Pffhhhh! Sedap~ Uncle Bobby (Gelaran Manja -Mikirayou-) pun sedap~ >< Tapi kan, ada 1 benda yang lebih menarik perhatian sy kelmarin. Dua ekor kucing d dewan besar tu baa. Kiut neh! Si Hitam yang sy suka~ Nampaknya dia pun suka sy, sebab dia malu2 neh masa sy mau angkat. (Padahal Si Hitam memang jenis penakut baa.) Si Kuning kelihatan jeles tym sy angkat2 Si Hitam. SORRY KUNING! Sy x berapa suka kucing kaler KUNING! SHUH2! HAHA. Nda baa, as long as ko masih kucing, sy tetap suka~ Tapi WHYYY? WHYYY??? Why u sleep2 on ur pooping place?? *entah apa ja sy taip neh*

Macam neh la dua ekor tuh. Rasanya, itu kucing yang Yassin pernah masukkan gambar dalam blog dia neh. Tym tuh diorang masih kecil. And si Hitam, masih lagi penakut orang macam dolu2. Gosh. Lelaki yang sayang kucing memang attractive. Ehem, Not you, Yassin. HAHA.

Banyak lagi yang terjadi tadi. Siap kena panggil 'stalker' baa sy.. Sorry ok. Sy bukan jenis macam tuh. When I say dia lelaki macho, seriously, I was just being honest. Sebab memang itu yang sy rasa.. Well, xkan bila ko cakap lelaki tu handsome, lelaki tu macho, lelaki tu sweet~ itu kenen suka suda.. Sikit2 suka, sikit2 suka. Macam mana mau hidup neh? HAHA. Macam kamu juga kan? Xkan bila kamu cakap perempuan tu kiut, perempuan tu comel, perempuan tuh chantek, kamu suka kan? EEHHH.. Kamu memang suka pla, yalah, kamu kan lelaki. HAHA.

INI (muscle).. bukannya simbolik lelaki macho. Gaya pun memainkan peranan. HAHA. Sorry kepada lelaki dalam gambar. Whoever you are.


Anyway, mau cakap la pasal insiden tadi. Sebenarnya, orang neh memang dalam pemerhatian constant sy suda baa. I mean, yalah. Hidup kena hati2. Kalau x, we will end up hurting ourself, or even worse, hurting other people. Yalah. ANYWAYYY.. Jenis orang macam sy kan, susah neh mau jumpa orang yang satu kepala. Sebab tuh la bila sy jumpa orang yang satu kepala, sy akan jadi amat2 kecewa when they're getting further away from me. Lebih menyedihkan, bila sy x tau menahu pun sebab. :') Seumur hidup sy, pernah sekali ja neh sy berjaya selesaikan kerenggangan yang tiba2 terjadi. Rupanya sebab ada orang ketiga (HEY, orang ketiga bukan hanya wujud dalam hubungan percintaan okey. Okey, did I just say "percintaan"? That's ewwish! Okay, sy baru sebut lagi kan?!) ANYWAYYY, itu pun selesai lepas sy tiba2 straight to the point ja pasal apa sy rasa neh. Yah, I talk to her, FACE TO FACE. Ohh, terkeluar pula cerita lain. Anyway, still, bukan itu yang sy mau cerita.

Ewww. Relationship yang start from friendship is the sweetest kind la rasanya.

Kalau diri saya (version dulu) mengalami situasi itu, waw. Memang sy terus blah, and declare war. Tidak percaya? well, up to you baa. Haha. Bukan la baa declare war. Tapi itu memang sudah terang lagi bersuluh salah dia kan? Sy memang kasi up volome punya la, teriak sama dia balik. Sebab sy betul2 x suka kena layan macam tuh. Tapi, sy pun x tau sejak bila sy mula jadi such a chicken. Well, not really a chicken, tapi belajar hold back. OKAY, benda ni amat penting untuk survival ah. And, holding back x sama dengan hipokrit. Itu 1 benda yang kita kena tahu.

Kenapa dorang neh comel sangat?!

Kamu tahu? Sy pernah berada di satu fasa dalam kehidupan bila tangan dan kaki bertindak lebih cepat berbanding otak. WAW. Cergas kan sy? WAHAHA. Masa tuh, dalam tahun 5-6 la. Ada satu budak lelaki neh, paling laa sy bilang. Kuat cari pasal. Kalau sehari dia x cari pasal, memang hari dia akan rasa abnormal kali? Setiap kali dia cari pasal tuh juga, sy pukul, sepak, terajang. HAHA. Apa? Kamu ingat sy lembut2 ka? Please. Dia atlet baa, pelari paling laju neh di sekolah tym dolu2. Tapi kan, despite that, sy akan kejar sampai sy dapat pukul juga baru sy puas hati neh dulu. Aduiii, budak2. Budak2.
Hey man! You wanna piece of me?!!

ANYWAYY.. Sy sebenarnya kagum baa dengan cara seseorang neh handle things. Macam mana dia boleh tetap bersabar dalam keadaan tuh? Sy pun x tau. Sy yang melihat pun kepanas neh, tapi bila nampak dia boleh relax macam tuh, sy hanya mampu tersenyum. Sy rasa, mungkin lain bah perasaan bila ko sendiri menghadapi n bila ko melihat.

Yess.. I'm talking about you. Napa? Ada yang terasa ka baca entri neh? Jangan kuat perasan okey.

Tapi, seriously, bersabar n berdiam ja dalam keadaan tuh mungkin akan membuatkan dia kelihatan like a dummy di hadapan orang lain, tapi, disebabkan sy tahu gaya dorang, memang itu la alternatif terbaik. I mean, to just shut the heck up and chill. Yalah, mau elak pergaduhan kan.. Nda bek baa telampau banyak bergaduh. Well, sy mungkin samseng, tapi, kamu akan sampai satu point dalam hidup yang benda2 macam tuh (drama in life) jadi meaningless/pointless n kelihatan TOO CHILDISH. HAHA. Banyak perkara childish lain yang lebih seronok untuk kamu buat berbanding bergaduh. Apa? Hurm, jom la pg Cosmoworld n enjoy macam budak kecil! Come on! Don't spoil the fun!
Type of guy yang sy fobia (bukan fobia, tapi the one I find repulsive), not Mr. Right, but
Mr. I'm-Always-Right. Gosh.

Cuba kita suma chill2 ja. Belajar terima pendapat orang lain, and jangan feel like we are always right. Even if kita MEMANG betul pun, cubalah jangan buat orang lain rasa down. Itu salah. Haha. Sy rasa sy sendiri pun x terlepas daripada buat orang lain rasa down. Yalah, level of sensitivity orang berbeza2 kan? Ada masa kita rasa apa yang kita buat tuh x la menyakitkan hati orang lain, rupa2nya, hati si kawan seorang neh sudah rabak neh. We'll never know kan?

Mari hidup dalam kedamaian? Ok ka? Peace, no war.

Monday 26 September 2011

Pemberontak Terbesar.

"DID YOU?" -Soalan Yassin- Gahaha.

Salam..

Myihihi. Entri yang saya sebutkan wahai Yassin. Sy cakap akan huraikan di blog kan~ Well, this is it. Panjang tau neh. Bagus ambil sedia neh makanan n minuman. Pigi sedia tandas kalau mau. Saya tidak suka orang lain walk away semasa sy sedang bercerita. (KOH. MIKIRAYOU.)

Parents VS children. Face it guys, we'll never win this battle. HAHA.

Seriously, to be honest, mungkin bukan completely honest. Tapi seriously, ini la apa yg sy rasa sekarang. Mungkin ramai neh yang baca entri2 sy sebelum neh yang agak, hurm, emo. Emo2 la kenen sebab nda dapat buat pilihan sendiri. Like just memenuhi permintaan family. Well, I wanna say that selepas setahun setengah sy di sini, that's all bullsh.. Sorry, mari kita bersopan sedikit. Itu semuanya karut-marut. HAHA.

Well, I'm not saying yang sy menipu bila sy taip benda tuh dulu. Cuma, things change man. Perasaan untuk certain situation pun berubah neh. And satu benda lagi, perspektif makin luas, kaca mata tidak menghalang view sy. HAHAHAHAHAHAH! (GOSH, WHAT A COLD JOKE.) Itu benda yang kita kena terima la. Sy taip dulu tuh, waktu jiwa masih memberontak. Waktu emo gila2. Now that I oredi tenang2 sikit (GOSH, IT TOOK YOU 1 AND A HALF YEAR?! GOSH. AGAIN, GOSH.) maka sy dapatla memahami certain things yang sy x pernah sangka sy faham dalam keadaan yang chaos macam neh. Well, at least for me.

X tahu antara dua kenen2.

Jiwa remaja, biasalah. Ehem, I'm not talking on behalf of semua remaja tau. Sy cuma cakap pasal sy sendiri. Seriously, sy la pemberontak terbesar waktu zaman sekolah menengah dolu2. Hati tuh bah, balik2 rasa mau melawan neh. Mungkin x cakap la.. Tapi tuh hentakan kaki menunjukkan pemberontakan tuh, koohh.. Bunyi dia, kalah anak gajah. Muncung pun panjang sampai bleh sangkut kain sdah neh. Serius.

Anak gajah kiut wehh~

Itu di rumah, yang pura2 anak baik lagi. Kalau di sekolah lagi la.. Bawa kawan2 singgah di pondok, bercerita2 sambil merokok2, lepas tuh planning2 mau pigi sound2 orang. Okay. Saya tipu. Haha. Sy budak baik juga bah *x tau malu* cuma sy mulut jahat n kuat menunjukkan ketidakpuashatian ja. Sy rasa starting tuh la muncul perasaan mau jadi lawyer nih dalam diri. SERIUS-MERIUS. Sy pernah menyimpan hasrat menjadi peguam. Haha. EHH.. Wait, sound orang and memukul orang macam pernah oo...

Konfius beb. Can you help me?

Seriously, masa sekolah menengah dulu kan, sy masuk matrik pun sebab semua orang masuk matrik. *what a robot...* Sudah kena set la di minda semua kami2 dulu kenen. Lepas habis, terus masuk matrik. Guru2 pun, mengajar kami dengan harapan keputusan kami cukup untuk melayakkan kami masuk matrik. Hakikatnya? Apa sangat masuk matrik? Serius, bukan sy cakap masuk matrik nda bek. Tapi kan.. Kalau kamu sudah ada kerjaya pilihan awal2, why not ambil diploma terus? Serius, masa masuk matrik dulu, sy anggap tahun tuh tahun bermain2. Anggap tahun tuh tahun untuk relax. Sampai berkarat neh otak sy di sana. Tidak kena guna langsung. That explain my ke-lembab-an sekarang. LAM-PI kan...... Satu2nya yang best sana, angkat air (sudahla sy tingkat 4).. Yah, best, memang sangat best.

ANYWAY. Sy rasa sy belum masuk isi lagi.. Masa masuk matrik hari tu, sebenarnya, sy ada isi bah borang masuk maktab. YES. I DID. Tapi sy tidak tersenarai pun dalam senarai temuduga. Turn out, sy salah isi borang. Padahal masa tuh, seriously, semangat berkobar-kobar neh mau masuk maktab. Since I don't have anywhere else to go, sy pun masuk la matrik...

Eyes like warriors~

Akhirnya, yalah. Sy masuk matrik dan alhamdulillah berjaya juga melalui fasa itu. Serius. Pengalaman pertama tinggal di asrama sepatutnya sesuatu yang baik. Tapi, hidup PENUH DUGAAN neh di sana. Sy x juga menyesal atau rasa left out (at least sekarang) sebab lambat setahun berbanding kamurang2. Sebab banyak valuable things yang sy gained neh dari matrik. 1 lesson yang paling sy treasure, I learn to shut my mouth bila perlu. Well, bukan sy apply all the tym. Masih becok juga, but at least diam sket la dari dulu.. (Now you must be wondering how much more annoying I can be... Kan?) Kalau sy nda masuk matrik, confirm2 sy kena label junior mulut laser *walaupun hakikatnya, sekarang neh pun x jauh beza sangat punnnn* TAPII.. Yalah, pengalaman membuatkan sy tougher.
"I know I'm cute wehhh.. Cuma, eh, teda cuma2. Sy memang kiut."
Kata si kucing. GAHAHA.

Seriously, sekarang nih kan, fikir balik. Saya yang dengan gaya kuat memberontak and always work hard untuk dapat apa yang sy mau neh, MUSTAHIL... AMAT MUSTAHIL sy tunduk macam tuh ja dengan apa yang parent sy mau. Kalau sy sendiri *I mean in my heart* xda rasa sudi walau sekelumit pun mau masuk maktab neh, MUSTAHIL dorang akan berjaya kasi yakin sy. Yah. Sy kan perempuan yang keras hati. Kalau sy rasa permintaan dorg tuh x make sense, and sy langsung TAK HINGIN mau masuk, memang xkan sy berada di sini hari nih. SERIUS-MERIUS. Atas sebab itula, sy yakin yang diri kita sendiri yang sebenarnya buat keputusan terakhir. What we wanna be, tapi parent kita.. Kita x patut abaikan pendapat dorg. Sebab, dorang yang lahirkan kita, besarkan kita, didik kita.. Like, kalau diri kita sendiri mau mengaku yang teda orang lebih memahami diri kita berbanding diri sendiri pun, HEYY, dorang melihat kita membesar ok. Ini untuk kes saya. Jadi sy hormati pendapat dorg laa.. Lagipun, sy percaya dorang lebih banyak makan garam baa.. Satu lagi sebab, sebab sy sendiri mengalami masalah untuk buat keputusan tym tuh. I really dunno apa yang sy mau dan sy x rasa sekarang neh sy sudah tau apa yang sy mau.

But then, again, kalau kita betul2 x mau, teda yang dapat paksa kita.. Kan?


Amazing eyes. Nope, saya x marah~

ANYWAYY. Memandangkan pilihan sudah dibuat, sy cuma boleh buat yang terbaik out of what I have la. Menyesal? SERIOUSLY? YEAH. Ada la sikit, persoalan "what if" tuh memang x bleh blah laa.. What if sy masuk U dulu instead of maktab? Answer: Saya x akan experience benda2 yang sy experience di sini, sy x akan berjumpa dengan orang2 yang wonderful macam kamu suma, sy xkan ada pengalaman pahit n manis sini yang membantu dalam proses tumbesaran fizikal *I'm fat but I'm OK.* Tapi, seriously, kalau sy masuk U pun, saya akan berhadapan dengan soalan "WHAT IF" tuh juga kan? "What if sy masuk maktab instead of masuk U?" Gosh. Itulah benda2 yang berada di luar pemikiran kita. Bersyukur ja la dengan apa yang diberi instead of memikirkan soalan "what if" itu kan? Lagipun, sy rasa, parent sy bagi option yang baik watt? Thanks to mom and dad. Sy anak kurang ajar selalu brought pain ja sama kamu.. Sy x tau macam mana pun mau balas budi yang sy banyak berhutang. Kita main game "No Charge", mau ka? HIHIHI.

Be grateful n appreciate things that you have instead of grieving for those things yang kamu x pernah miliki pun. Mesti kamu dapat senyum secantik saya. WAKAKAKKAKA! HEYY.. THIS IS FOXY AND JOLIEY BLOG WHATT?!! HAHA.