Sunday 9 September 2012

4S Meeting ( Foxy Version )

Mukadimah...(mood nak membahasakan diri ida..)

Salam...semalam ida dan 3 orang sahabat baik ida pergi ke TS untuk menghadiri perjumpaan 4s selepas kali terakhir diadakan semasa semester dua..(kot..kalau tak silap..haha) tapi..malam sebelum tu..da diadakan pra-meeting (ida anggap camtulah..haha) di taman ten..makan nasi lemak yang sangat sedap...sampai tapau bawak balik..otak2 dan cuci mata tengok orang makan char kuey tiow..(opssss)..a big thanx to pemilik kereta QMM kerana sudi menjemput ida dan joliey untuk makan di situ.. :') sebelum ini hanya mampu mendengar orang cakap...akhirnya dapat merasa sebelum pindah ke enstek..:')

 joliey yang seksi..
 orang kacak dan hartawan makan char kuey tiow..
pak assin yang kacak main game..

sedang mereka memain tab dan hp yang canggih...saya dan nadiah hanya mampu berbual dan cuci mata tengok2 orang hensem..hahahahha! 

HARI KEDUA ( Perjumpaan Real ) 

Janji 10.30 tapi ada oleh kerana encik pemilik kereta bangun lambat..saya dan nadiah tunggu di blok b sementara menunggu mereka make up..perjalanan dimulakan dengan makan roti..thanx to MAMA assin kerana menyediakan sarapan pagi.. :') serius comel apa yang dia buat!! dia bangun jam dua pagi untuk menyediakan roti untuk sarapan kami..haha..lupa pulak nak amek gambar roti tu..

setelah salah masuk lorong dan pusing-pusing..kami sampai di TS pada jam 12 tengahari..sampai2 terus pergi beli tiket movie sadako...movie yang agak seram dan suspen tapi tak paham kenapa mereka yang lain tak jerit2...padahal seram kot!!mungkin mereka..( perasaanless :P)

 ice kimo yang dibeli selepas terliur tengok din makan...sedap2..
 nadiah malu2 bila jumpa dengan suami saya..
 nadiah menantikan caption di teddy itu...hahahaha

 din bersama kekasih robotnya..
 raksasa cute :D
 raksasa 'cute' :P
with husband to be...(mood perasan)

perjumpaan itu berakhir pada jam 9.30 malam..saya langsung tak fikir pasal assignment semalam..padahal kami semua ada banyak assignment yang kena disiapkan...serius semalam hari yang sangat letih tapi best..sangat2 best!!serius!! rasa bahagia+enjoy+bersyukur tu semua ada..sebab antara kami berempat sentiasa wujud pertelingkahan..tapi kami masih ok macam biasa..tetapi ikatan persahabatan itu semakin kukuh hari demi hari..allhamdulillah kerana saya dapat merasa persahabatan ini..terima kasih kawan kerana menerima saya sebagai rakan anda..:') 

aftereffect perjumpaan tu...
*nak buat keje (kononnya..) tapi tertidur sampai subuh..=.=

hope persahabatan ini tak akan berakhir..walau gaduh seteruk manapun..ikatan tu masih wujud dan semakin utuh hari demi hari..boleh baca version pak assin dan encik zudien di blog mereka..menunggu version joliey pulak~ wassalam... 
(assignment mood ON!!)


2 comments: