Berhabuk sudah blog neh. Lama sudah rancang mau update pasal percutian kali neh, tapi nda da mood, sebab line slow gila. ANYWAYYY... Kalau diterangkan panjang2 pasal percutian kali ni, memang sebulan pun nda habis cerita. Padahal cuti CNY seminggu ja pun. Entri nih akan jadi entri penuh gambar dengan caption ja. Rasanya, lebih ok macam tu. (Nda terharu? Sy tunggu waktu jam 3+ baru upload gambar sebab masa tuh ja line ok sikit..) Myihii~ And, I will try untuk letak gambar tuh secara tersusun. I mean, mengikut kronologi. Gahh, starting from the first day macam tu laa. Sebelum apa2, mau kestau sket, kebanyakan gambar neh kena ambil from moving car. Haha, jadi kalau ada yang herot2 tuh, sila maafkan.
DAY 1 (20 Jan 2012 - Friday): Ke Muar and berjalan2 di Tanjung pada waktu malam.
Hee, ini gambar sampingan ja. Banyak makan gula2 di rumah c Farah. Makanan yang nda boleh nda ada and sentiasa sy beli lepas habis: Asam jawa.. Ala, yang manis2 masam2 bergula tuu. Lepas tuh, limau mandarin. Sorry, banyak makan. HEE.. And toffee!!! (entah betul ka nda ejaan tuh, lantak!) Toffee strawberry yang rasa macam bubble gum~ Cuma boleh ditelan.
Pemandangan waktu malam di Tanjung. Farah cakap, dorang biasa pergi waktu pagi. Tapi kali neh pg malam. Abang dia balik malam tuh juga, so, bleh la bawa kami jalan2. Sepanjang tinggal di rumah Farah, banyak kali juga kami join sekaki untuk jalan2 waktu malam ikut abang and kakak ipar Farah yang sporting~ Hee.
Gambar masa sedang menikmati jeruk buah and jagung pada waktu malam. LOL. Nice view kan? Dari kiri (cara kamu view) Syafina (baju belang2), Farah, abang Farah - Aleq, kakak ipar Farah - Kak We (e pepet).
View pada waktu malam. Seriously nice. Ada ala2 view di KK juga. Alaa, yang view masjid dari tepi laut tuu baa. Nice, kan?
Bergambar di durian besar di Tanjung juga. Gila besar durian dia. Kalau betul2 ada durian macam neh, berjam-jam juga diguna untuk kasi habis neh.
Honestly, inilah sesi paling menarik malam tu. Haha. Kami suma main jongkang-jongket (Ngam ka neh ejaan? LOL.) Main gelongsor, mau main buaian juga hari tuh, somehow, kami x termain buaian. Entah napa? Haha. Lepas tuh, sy n Syaf main gelongsor yang bertutup habis tuh, siap berpusing2 lagi dalam tuh. Kecil gila sampai sy terhantuk. GOLI! Nasib berjaya gelongsor turun bawah. Tapi, serius neh, ini antara sesi paaaaling nice malam tuh. Nda payah mengejar sangat bah kan, kematangan tuh? I mean, kalau matang sangat pun, nda payah stick to it the whole time, kan? Sekali sekala, enjoy macam budak2 pun nice juga. Haha. Bukan selalu.. (For me, selalu juga. Haha.)
DAY 2 (21 Jan 2012 - Saturday): Ke . . . Sy nda tau nama shopping market neh. Hee~
On the way pg shopping market tuh untuk beli cool blog! GAHAHA. Excited sangat sampai suma benda pun mau gambar.
Syafina dan sesi mencuba try test effect2 dalam kamera hp c Farah. Macam best neh suma effect2 dia, lepas tuh nda payah lagi edit. Gahaha.
Bapa c Farah yang memandu kereta pada hari itu. Thanks uncle! ><
Biasa dengar Roti John, Roti apa lagi ntah? Kali neh kami beli Roti Mama. Sedapp~~ Rangup di luar, soft2 di dalam. Ada sikit2 rasa kopi neh, somehow. Haha. Entah, mengidam kopi kali tym tuh. Harga RM2. First tym neh sy makan tuh Roti.
Tingu bah neh kek Angry Bird dia. Sanggup neh dorang ampai krim dia macam tuh. Punya la detail. Ntah berapa lama dorang buat.
DAY 3 (22 Jan 2012 - Sunday): Pg Segamat, Johor untuk menghadiri wedding sepupu (?) Farah.
Testing effect sekali lagi masa tengah tunggu Farah melepaskan hajat. Hahaha. Nda bah, semua pun sama. Perjalanan lebih 1 jam masa pergi, okay! Tapi, view dia, superb! Nda tidur pun sepanjang jalan tuh. Tengookkk ja tepi and snap2 view yang macam best. Haha. Oh, lupa cakap, pagi tuh, kami makan mee (lupa nama dia.. Adehh..) xxx. Yang penting mee tu mee kegemaran bapa c Farah. Memang nice~ I loike~ (*Ceh! Ko semua benda pun ko suka makan! Apa yang ko x makan ah??*) Eh, sejak bila dia boleh keluar balik neh?
Sepanjang perjalanan tuh, banyak ja pokok kelapa sawit. Nda tau milik siapa. Penuh tumbuhan hijau masih, I mean, sepanjang perjalanan tuh. So, I loikeee~~~
Neh percubaan tangkap gambar Gunung Ledang. Kalau kamu tingu betul2, seblah kiri gambar tuh, ada sebahagian juga Gunung Ledang berjaya sy snap. Haha, mau juga menjelaskan. Mikirayou.
Haaa.. Berjaya~ Lain kali, Farah, kalau ko pergi Sabah (hopefully...), sy tunjuk ko Gunung Kinabalu pla. Okey? Haha. Kalau siap mau daki pun, okey juga. Tapi datang hujung tahun!
Hijau2~~ Sy sukaa~~~
Gambar neh sy snap2 ja sebab buat sy teringat dengan conversation sy n bapa sy dulu. Pernah sekali, masa kami on the way balik kampung, kami akan sentiasa lalu satu sulap2 (macam rumah2 kecil, bukan juga rumah, pondok2. *rujuk gambar, but smaller.* HEISH!!! SY NDA PANDAI EXPLAIN! Entah macam mana mau jadi guru. Nanti la tanya sy sendiri. I prefer explain by talking. Gahaha.) Lepas tuh, terjadilah 1 dialog.
Bapa: **** (nama d rumah, yang tau, diam2.), ko tingu tuu. (Sambil pointing guna mulut and dagu. Hey! Sedang driving, kena fokus okay! Pointing arah sulap2)
Me: Tu sulap? Kenapa?
Bapa: Masa ko kecil2 dulu, ko pernah tu cakap itu rumah idaman ko.
Me: *Berabis neh cuba ingat*
Lepas tuh, baru sy ingat.. Masa sy budak2 dulu, sy teringin sangat tinggal di rumah macam tuh. I wanna know how it feels. Sy rasa macam siok bah, I was a little kid back then. Sebab sy pernah bermalam d rumah nenek (sebelah mama). Masa tuh, rumah nenek belum lagi ada elektrik. Tapi rumah nenek memang besar lagi la compared to the sulap2. Malam2, bergelap and just diterangi cahaya pelita. Serious, entah macam mana orang lain bayangkan, tapi, sy betul2 seronok and gembira masa tu. Kadang2 kan, sy berharap betul tau walaupun sy semakin membesar and tahu makin banyak benda, sy teringin betul cara view things tuh nda berubah. Betul2 teringin.
Salah satu lagi benda menarik di Muar neh, banyak tokong and temple (same thing ka?). Sy suka tingu tu binaan dia yang detail gila2. I mean tuh ukiran d atas bangunan.
DAY 4: (23 Jan 2012 - Monday): Fasting day.
Tym neh, nda jalan2. Ada jalan2 waktu petang2 sudah. Temankan c Farah untuk beli. . . lupa la. Haha. Petang tuh, mama c Farah cook special food untuk kami. Gila mantopppp!!! Sedap masakan. Serius, nda payah lagi keluar makan di kedai kalau masakan sedap macam tuh. And nope, sy bukan memuji lebih2. Tapi memang layak dipuji. Kalau buka katering kaa, laku juga sy rasa. Gagagagga. Nda nampak ka sy semakin sihat? <3
Okeh, part 1 berhenti d sini. Nanti sambung part 2 pla. :)